Pemerdagangan Orang

TPP boleh bantu tangani isu pemerdagangan orang
TPP terbaru


KUALA LUMPUR - Dalam jangka panjang, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menjadi alat untuk membantu membanteras isu pemerdagangan orang di negara anggota Asean, kata seorang anggota panel Forum Ekonomi Sedunia mengenai Asean di sini.
Setiausaha Serantau UNI Global Union, Asia and Pacific, Christopher Ng berkata, untuk julung kalinya perjanjian kerjasama ekonomi mengandungi 'bab mengenai buruh' berkaitan syarat minimum perlindungan untuk pekerja, termasuk migran.
"Dengan mempunyai peruntukan berkenaan dalam bab itu, ia akan memastikan semua negara tidak boleh bersaing untuk menurunkan standard.
"Ia juga bererti bahawa pergerakan manusia akan dikawal selia," katanya kepada pemberita selepas sesi interaktif bertajuk 'Peta Baharu untuk Menamatkan Pemerdagangan Orang' hari ini.
Bab Buruh TPPA, antara lain, menyebut bahawa setiap pihak perlu menerima pakai dan memelihara statut dan peraturan, dan seterusnya mengamalkan syarat penyeliaan pekerjaan yang boleh diterima berhubung gaji minimum, tempoh bekerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Ng berkata isu pemerdagangan orang timbul apabila manusia perlu bergerak untuk mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik.
Oleh itu, beliau menggesa kerajaan setiap negara supaya mewujudkan pekerjaan yang baik untuk warganya agar manusia hanya berhijrah kerana pilihan, bukan kerana paksaan.
Kata beliau, ketika ini, kerajaan tertakluk kepada syarat multinasional maka, dengan adanya peruntukan itu, setiap orang perlu mematuhi dan tidak berkompromi mengenai standard.
"Tetapi, sekiranya anda mansuhkan syarat itu (dalam peraturan sesebuah negara), mereka boleh menaikkan gaji dan orang tidak akan berhijrah...dan anda tidak akan terdedah kepada sesiapa pun yang akan memerah keringat anda," katanya.
Beliau berkata, 'perlumbaan untuk ke bawah' perlu mempunyai hadnya bagi mencerminkan standard sesebuah negara.
"Sekiranya anda tidak mempunyai syarat minimum ini, maka tidak akan ada kesatuan sekerja yang mampu untuk berunding. Bagaimanapun, kesatuan sekerja perlulah bersikap bertanggungjawab dan bukan menyalahgunakan kuasa yang datang bersama peruntukan itu," katanya.
Ng berkata Malaysia juga perlu memainkan peranannya mempengaruhi negara anggota lain supaya menandatangani TPPA kerana ia akan memberi manfaat kepada seluruh rantau ini. - Bernama


Sabotaj myIMMs, 
15 pegawai dibuang

  145  5 Google +0
SEPANG 31 Mei - Jabatan Imigresen telah me­namatkan perkhidmatan seramai 15 orang pegawai daripada 37 anggota yang dikenakan tindakan tatatertib kerana mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
SAKIB KUSMI
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, 14 orang daripadanya digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguhkan kenaikan gaji.
Menurutnya, ke­­semua pegawai yang telah berkhid­mat antara enam bulan dan 15 tahun itu terdiri daripada anggota skim per­khid­matan peringkat sokongan (KP17 dan KP38) yang bertugas di pintu masuk utama negara selain kakitangan skim F (bahagian teknologi maklumat) serta pengurusan vendor.
Beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap 20 lagi pegawai atas ke­salahan yang sama namun masih menunggu hasil siasatan penuh pihak polis.
“Kesemua yang dikenakan tindakan tatatertib itu merupakan 100 suspek yang terdiri daripada pegawai imigresen peringkat pertengahan ke bawah. Mereka telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan unsur sabotaj myIMMs.
“Pada 2010, tindakan telah diambil ke atas beberapa orang pegawai atas kesalahan berkaitan termasuk menamatkan perkhid­matan, tetapi siasatan mendapati mereka masih berhubung de­ngan pegawai yang terlibat dalam sindiket tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lalu memaklumkan seramai 100 orang pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis disyaki terlibat aktiviti mensa­botaj myIMMs yang telah me­ngutip hampir bilion ringgit sejak 2010 sehingga kini.
Pada 18 Mei lalu, Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 mendedahkan kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan merumuskan ia tidak dipasang di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan rakyat Malaysia.
Sakib memberitahu, sebagai langkah drastik menangani masalah penyalahgunaan myIMMs, Jabatan Imigresen telah melaksanakan barisan giliran pemeriksaan atau snake queue (satu barisan bengkang-bengkok) di balai ketibaan dan berlepas di KLIA berbanding sebelum ini terdapat lebih daripada satu barisan.
Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen kini dalam proses me­nukar tempat bertugas anggota­nya di pelbagai peringkat terutama di KLIA secara besar-besaran dan setakat ini seramai 63 pegawai terlibat.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan pihaknya dan polis, didapati modus operandi sindiket myIMMs adalah menggodam sistem dan ia hanya boleh dilakukan dalam kalangan pegawai yang mempunyai kad pekerja (ID kad).
Tambahnya, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pe­gawai itu didapati mula aktif sejak tiga tahun lalu manakala pada 2014 dan 2015 beberapa peralatan yang digunakan sindiket telah ditemukan pihak berkuasa.
Sakib pada masa sama tidak menolak aktiviti mensabotaj sistem turut melibatkan pihak antarabangsa itu merupakan faktor berlakunya sindiket pemerdaga­ngan manusia di KLIA.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sabotaj-myimms-8232-15-pegawai-dibuang-1.337253#sthash.RPUiRWKP.dpuf

No comments:

Post a Comment