Sabah Bukan Lagi Milik Malaysia?
| comments
Isu kebanjiran pendatang tanpa izin ke bumi dibawah bayu sabah amat merisaukan,Isu ini bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya.
Isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah tambahan lagi dengan sikap kerajaan persekutuanyang tidak mengambil serius perkara ini. ia sudah dianggap malapetaka.
jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sabah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. sudah melebihi 1/4 dari penduduk sabah.
Malah Ada sesetengah kawasan yang jumlah pendatang asing nya sudah hampir sama banyak dengan penduduk asal, lebih malang ada kawasan yang sudah dimonopoli oleh rakyat asing, sebagai contoh apa yang berlaku di kinabatangan yang mana warga asing menduduki petempatan itu dengan meawkili 78.3 peratus penduduk.
Sila lihat statistik dibawah yang dikeluarkan melalui kajian pada tahun 2010
Kita ambil 5 petempatan yang didiami ramai rakyat asing di sabah, berdasarkan jumlah tertinggi kehadiran mereka.
Warga asing di Tawau : 171, 409
Warga asing di Sandakan : 148,438
Warga asing di Kinabatangan : 117,689
Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
Warga asing di Lahad Datu : 77,003
Baiklah, statistik itu diambil dari bancian yang dilakukan setelah sepertimana yang kita ketahui berlakunya projek IC di sabah, dimana warga asing dibawa masuk beramai-ramai (sila baca sini) dan diberi taraf warganegara.
Jadi statistik diatas juga telah memasukkan mereka yang sepatutnya tidak diberi taraf itu, makanya berapa jumlah sebenar warga asing dan berapa pula jumlah penduduk tempatan.
"tukanglawan" terbaca satu petikan yang berbunyi
MENGIKUT Statistik 2010, Warga Asing Projek I/C Mahathir 737,000; IMM13 84,000; Pemegang Permit Kerja 900,000 menjadikan jumlah keseluruhan 1,721,000. Manakala yang tiada dokumen 1,000,000? Warganegara tulen hanya 1,617,000.
Jadi adakah Sabah masih milik rakyat malaysia?, dan apakah nasib serupa akan terjadi di semenanjung?
Isu kebanjiran pendatang tanpa izin ke bumi dibawah bayu sabah amat merisaukan,Isu ini bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya.
Isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah tambahan lagi dengan sikap kerajaan persekutuanyang tidak mengambil serius perkara ini. ia sudah dianggap malapetaka.
jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sabah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. sudah melebihi 1/4 dari penduduk sabah.
Malah Ada sesetengah kawasan yang jumlah pendatang asing nya sudah hampir sama banyak dengan penduduk asal, lebih malang ada kawasan yang sudah dimonopoli oleh rakyat asing, sebagai contoh apa yang berlaku di kinabatangan yang mana warga asing menduduki petempatan itu dengan meawkili 78.3 peratus penduduk.
Sila lihat statistik dibawah yang dikeluarkan melalui kajian pada tahun 2010
Kita ambil 5 petempatan yang didiami ramai rakyat asing di sabah, berdasarkan jumlah tertinggi kehadiran mereka.
Warga asing di Tawau : 171, 409
Warga asing di Sandakan : 148,438
Warga asing di Kinabatangan : 117,689
Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
Warga asing di Lahad Datu : 77,003
Baiklah, statistik itu diambil dari bancian yang dilakukan setelah sepertimana yang kita ketahui berlakunya projek IC di sabah, dimana warga asing dibawa masuk beramai-ramai (sila baca sini) dan diberi taraf warganegara.
Jadi statistik diatas juga telah memasukkan mereka yang sepatutnya tidak diberi taraf itu, makanya berapa jumlah sebenar warga asing dan berapa pula jumlah penduduk tempatan.
"tukanglawan" terbaca satu petikan yang berbunyi
MENGIKUT Statistik 2010, Warga Asing Projek I/C Mahathir 737,000; IMM13 84,000; Pemegang Permit Kerja 900,000 menjadikan jumlah keseluruhan 1,721,000. Manakala yang tiada dokumen 1,000,000? Warganegara tulen hanya 1,617,000.
Jadi statistik diatas juga telah memasukkan mereka yang sepatutnya tidak diberi taraf itu, makanya berapa jumlah sebenar warga asing dan berapa pula jumlah penduduk tempatan.
"tukanglawan" terbaca satu petikan yang berbunyi
MENGIKUT Statistik 2010, Warga Asing Projek I/C Mahathir 737,000; IMM13 84,000; Pemegang Permit Kerja 900,000 menjadikan jumlah keseluruhan 1,721,000. Manakala yang tiada dokumen 1,000,000? Warganegara tulen hanya 1,617,000.
Jadi adakah Sabah masih milik rakyat malaysia?, dan apakah nasib serupa akan terjadi di semenanjung?
Ganti pekerja Bangladesh dengan pendatang asing di Sabah
KOTA KINABALU, 14 FEB: Lebih baik Kerajaan Persekutuan mengambil 1.2 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Sabah daripada membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.
Ia berikutan tindakan sedemikian dapat menyelesaikan isu PATI negeri itu yang berleluasa sejak sekian lama dengan kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi di negeri itu.
Apatah lagi, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, berkata pekerja Bangladesh tidak memahami budaya tempatan, berbeza dengan pendatang asing di Sabah yang lama menetap di negara ini, malah boleh bertutur bahasa Malaysia.
“Mereka (PATI di Sabah) lebih memahami budaya kita dan boleh berbahasa Malaysia. Mereka boleh mengisi peluang pekerjaan dalam sektor kritikal yang diperlukan khususnya di Semenanjung Malaysia,” katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.
Untuk melaksanakannya, Stephen berkata, yang diperlukan kerajaan adalah mekanisme konkrit menguruskan dokumentasi dan permit kerja kepada PATI di Sabah sekaligus membantu mengatasi masalah mereka.
Meskipun demikian, beliau menegaskan cadangan DAP Sabah itu bukan bermaksud untuk membelakangkan pendirian parti yang selama ini bertegas terhadap isu pekerja asing.
“Kita tetap bertegas bahawa rakyat tempatan harus diberi penekanan kepada latihan dan pembangunan sumber manusia yang berkualiti menuju negara berpendapatan tinggi.
“DAP sentiasa konsisten dengan pendirian kita terhadap pekerja asing, bagaimanapun disebabkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkeras mahu membawa pekerja dari Bangladesh, jadi kita cadangkan bagaimana jika kerajaan mengambil 1.2 juta PATI dari Sabah sahaja,” katanya.
Keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing Bangladesh menimbulkan bantahan pelbagai pihak berikutan bilangan PATI di negara ini, semakin membimbangkan khususnya dari segi perubahan populasi, keselamatan dan kesihatan.
Mngikut statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014, seramai 6.7 juta pekerja asing berada di Malaysia dan hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah.
Kerajaan perlu diberitahu fasal isu pendatang asing di Sabah
Kerajaan Malaysia mempunyai masa lebih 40 tahun untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin, kata Simon. - Foto TRP/Sandra Sokial
KOTA KINABALU, 13 April:
Nampaknya kerajaan negeri perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.
“Ini bukan perkara baru dan mereka (pemimpin kerajaan) tahu mengenai masalah ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu,” kata Tan Sri Simon Sipaun, anggota badan yang memantau anti-rasuah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme atau C4.
Beliau berkata isu mengenai pendatang asing tanpa izin dan mereka juga memiliki MyKad merupakan satu ‘masalah yang dicipta oleh kerajaan’ kata bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan menambah masalah ini merupakan masalah berpanjangan bagi Sabah dan tiada tanda untuk mendapat penyelesaian.
“Masalah pendatang tanpa izin dan mereka yang mencari perlindungan di Malaysia bukanlah masalah baru tetapi cara kerajaan menangani masalah ini berbeza. Di Malaysia Barat, pelarian dari Vietnam pernah lari ke sana tetapi mereka dihantar pulang atau dihantar ke negara lain.
“Tetapi, di Sabah, pendatang asing dibenarkan tinggal di sini dan diberi kewarganegaraan. Apabila isu ini dibangkitkan oleh Ketua Menteri waktu itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), mereka bersetuju untuk mewujudkan Pasukan Khas Persekutuan (FSTF).
“Kita cepatkan 30 tahun selepas itu. Masalah masih wujud dan FSTF mempunyai tanggungjawab besar untuk menangani masalah itu,” kata Simon yang juga bekas Setiauasaha Negeri Sabah.
Katanya apa yang menyebabkan keadaan semakin sirius adalah, nama mereka dimasukkan ke dalam senarai pengundi, iaitu memberi peluang kepada mereka menentukan nasib negeri ini.
“Sebaik sahaja mereka mendapat kerakyatan, mereka bebas bergerak. Bagi mereka, Sabah merupakan peluang ke Malaysia dan ke mana saja di merata dunia. Saya tidak fikir kita akan selesa dilabel demikian, jadi isu ini perlu diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
Simon berkata oleh kerana kerajaan mempunyai masa yang panjang untuk menangani masalah pendatang asing, bermakna mereka sedar dan tahu apa yang berlaku, jadi apa yang perlu adalah untuk mencari penyelesaiannya.
“Sekiranya saya ini kerajaan, saya akan tutup semua pintu masuk, jadi tiada lagi kemasukan secara haram. Semuanya perlu dibuat mengikut undang-undang.
“Dan laporan Suruhanjaya Siasatan mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah telah mengenalpasti beberapa individu terlibat dalam pengeluaran MyKad atau kad pengenlanan kepada pendatang asing tanpa izin. Maka, tangkap dan dakwa mereka. Kebenaran undang-undang perlu ditegakkan,” katanya.
Simon turut menegaskan mereka yang bukan berasal dari Malaysia, mesti dikeluarkan dari senarai pengundi.
“Pihak berkuasa perlu menyiasat bagaimana pendatang ini dibenarkan masuk dan mengundi. Adakah ia dilakukan melalui sesuatu agensi atau badan? Kita perlu siasat perkara ini hingga ke akar umbi.
“Kita perlu menangani masalah ini sekarang sebelum ia jadi melarat. Kita tidak boleh tunggu lagi,” katanya.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/14/kerajaan-perlu-diberitahu-fasal-isu-pendatang-asing-di-sabah/#ixzz4AgZ4QV7j
Portal Isu Semasa dan Berita NO.1 di Malaysia
888,779 Pendatang Tanpa Izin di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
888,779 Pendatang Tanpa Izin di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
Berkenaan masalah di negeri Sabah, sangat menarik untuk dikupas. Kalau kita semak semula pada tahun 1963 apabila berlakunya pembentukkan negara Malaysia, terdapat satu jaminan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk menjamin kedaulatan negeri Sabah. Apa maksudnya di sini dengan terma “kedaulatan Sabah” ?
Jaminan kedaulatan negeri Sabah bererti tidak membiarkan orang asing masuk ke Sabah. Kami pasti orang Sabah dan pembaca Berita Semasa terutamanya sudah “masak” benar dengan masalah ini?
Soalan dan Jawapan Mengenai Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah?
Sumber : Hansard di Parlimen
Kami rasa orang sabah sendiri pun sudah sedia maklum, di mana peningkatan mendadak yang tinggal di Sabah ini adalah disebabkan dengan kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah yang terlalu ramai sehingga tidak mampu dikawal sehingga sekarang ini. Akibatnya:
- Pendatang asing Sabah dilihat bukan sahaja mengambil alih bukan sahaja pekerjaan di kilang, di ladang, kereta api malahan peluang pendapatan di pasar-pasar di Sabah yang dikenali dengan pasar tamu, tamu mingguan. Akhirnya, orang tempat kita, rakyat Malaysia sendiri diusir begitu sahaja…Mereka pula yang menguasai. Okey, itu yang pertama.
- Keduanya, kalau disemak catatan dan fakta yang ada menunjukkan bahawa 80 peratus daripada jenayah di Sabah disebabkan oleh pendatang tanpa izin atau secara sah di sana
- Ketiga, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan RM12 juta setiap tahun hanya untuk “catering for the illegal migrant”.
Yang menariknya di sini. Ada kalangan pendatang asing tanpa izin daripada Filipina contoh berani mengatakan kehidiran mereka di Sabah ibarat seperti pulang ke rumah sahaja. Alasan yang mereka berikan, mudah sahaja:
“Filipina masih tuntut Sabah”.
Sudah……Negeri Sabah boleh dikatakan sangat dekat dengan Indonesia. Ada kawasan kalau nak masuk Sabah, cukup mudah. Contohnya :
- Kalau di Tawau, kalau di Pulau Sebatik sebenarnya tidak ada sempadan. Kalau kita berada di sebelah Indonesia, Pulau Sebatik, kita masuk sahaja ke sebelah Malaysia, kemudian ambil bot pergi ke Tawau.
Jadi apabila kami yang asalnya daripada negeri di Semenajung Malaysia ini mendengar danmeneliti permasalahan di Sabah membuatkan kami tertanya-tanya :
- Apa yang payah sangat sehingga mengambil masa yang begitu panjang untuk menangani masalah PATI di Sabah ini? Jadi, kenapa kerajaan ini. Malahan wakil Sabah di Parlimen sendiri pun acapkali membawa masalah di sana. Hasilnya?
- Tertubuhnya RCI. Itupun…..menjadi persoalan apabila RCI ini terlalu lambat diambil dan penubuhan ini ibarat “hangat-hangat tahi ayam sahaja”. Benarkah?
Walaubagaimanapun, kami tetap meletakkan kepercayaan kepada pihak kerajaan untuk terus menangani masalah lambakan pendatang asing di Sabah. Bukan apa negeri Sabah yang ada sekarang ini sudahlah miskin walaupun hakikat pada asalnya adalah sebuah negeri yang cukup kaya dengan sumber alam yang dilimpahkan di sana. Apabila ada lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah, sudah pasti keadaan akan menjadi bertambah teruk…..
Yang menjadi mangsa siapa? Yang menerima kesannya siapa? Yang mahu meneruskan kehidupan siapa? Berapa lama lagi mereka perlu berhadapan dnegan masalah ini?
AHAD, 7 DISEMBER 2014 @ 4:18 AM
Tangani isu PATI di Sabah secara bijaksana
Jeniri Amir rencana@bh.com.my
Jika anda ke Sabah, pasti anda akan terserempak dengan begitu banyak warga asing, terutamanya dari Filipina dan Indonesia. Sebahagian daripada mereka sudah berjaya menyebatikan diri ke dalam masyarakat tempatan sehingga sukar untuk mengenal pasti sama ada mereka orang tempatan atau asing. Lebih-lebih lagi wajah dan gaya pertuturan mereka seperti orang Sabah. Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan isu kewarganegaraan di Sabah sudah menjadi duri dalam daging dan membengkak sehingga bernanah. Isu ini perlu ditangani dengan bijaksna dan kesungguhan politik yang tinggi. Kita tidak boleh menyoroknya di bawah karpet atau berpura-pura ia tidak wujud. Sebab, lagi lama masalah ini kita biarkan, lagi mudarat untuk masa depan Sabah dan negara ini. Orang Sabah perlu dibela. Kebanjiran PATI di Sabah bukan saja boleh menimbulkan masalah dari segi kedaulatan negara pada jangka panjang, tetapi boleh mencetuskan masalah sosial, politik, ekonomi dan keselamatan. Ia boleh menjadi bom jangka yang bakal meledak pada bila-bila masa. Penduduk Sabah hanya 651,304 orang pada tahun 1970, dan meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Hanya dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu naik 1.5 juta, dan mencecah 2,468,246 menjelang tahun tahun 2000. Dalam tempoh tiga dekad, antara tahun 1970-2000, mengikut laporan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja mengenai pendatang asing, peningkatan penduduk Sabah adalah 301 peratus, berbanding Sarawak 106 peratus, dengan peningkatan terbesar sebanyak 78 peratus pada tahun 1991. Media melaporkan sejak tahun 2010, jumlah itu mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang. Perlu tindakan segera Tindakan segera dan pragmatik perlu dilakukan agar segala usaha penyiasatan, tidak sia-sia. Syor yang terkandung dalam laporan RCI agar ditubuhkan sekretariat kekal bagi mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah perlu disegerakan. Mengapakah kita begitu mudah membiarkan rakyat asing memasuki dan membolosi negara ini, dan membiarkan mereka terus menetap sebagai pendatang tanpa izin? Berapa kalikah kita perlu mengadakan operasi pemutihan? Di sebalik isu pendatang asing dan memberi kewarganegaraan kepada mereka, isu pekerja asing juga tidak boleh diambil mudah. Mengikut angka kerajaan, sebanyak 1.58 juta pekerja asing berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lalu. Jumlah pekerja asing tanpa izin di negara ini dikatakan dalam lingkungan antara 480,000 hingga sejuta orang, terutama dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Yang memburukkan keadaan adalah apabila dikatakan dua daripada sepuluh warga asing yang memasuki negara ini secara sah, tidak keluar semula. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersekongkol atau terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sehingga golongan terbabit mudah memasuki negara ini, seterusnya mendapat kad pengenalan, sijil beranak serta dokumen rasmi lain. Kita tidak harus pandang bulu jika mahu masalah ini dapat ditangani dengan berkesan. Memang diakui bahawa pihak imigresen telah mengambil tindakan tertentu terhadap golongan PATI. Misalnya, 446,173 orang pelarian dan pendatang tanpa izin di Sabah telah diusir ke negara masing-masing sejak tahun 1990 sehingga tahun 2012. Sementara itu, kehadiran golongan tanpa sijil dan dokumen rasmi lain turut menimbulkan masalah, terutama mereka yang berkahwin dengan rakyat Sabah. Masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri berlaku bukan saja di Sabah, tetapi juga di Sarawak, khususnya dalam kalangan mereka yang tinggal jauh di pedalaman. Ketiadaan dokumen berkenaan menyukarkan mereka untuk hidup normal, termasuk menikmati hak sebagai warganegara. Penguat kuasa usah 'rabun mata' Kelihatannya, segala usaha kita selama ini, bagai mencurahkan air ke daun keladi. Persoalannya, berapa orang majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin, dikenakan hukuman setimpal? Berapa orangkah warga asing berkenaan yang telah disebat dengan rotan? Apakah yang tindakan yang telah diambil terhadap pegawai penguat kuasa yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa? Pegawai penguat kuasa dan mereka yang bekerja di barisan depan, perlu mempunyai integiriti yang tinggi. Mereka tidak harus rabun mata. Kita tidak boleh terus membiarkan gejala harapkan pegar, pegar makan padi, berterusan. Kita perlu pertahankan kedaulatan negara, dan beri jaminan bahawa negara ini selamat daripada sebarang bentuk ancaman. Kita tentu tidak mahu pisang berbuah dua kali. Biar tragedi di Lahad Datu menjadi pengajaran berguna kepada kita semua. Yang penting, negara ini tidak mudah dibolosi dan didominasi warga asing tidak sah. Duri dalam daging di Sabah perlu segera dicabut.
Penulis ialah pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/21858
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/21858
Portal Isu Semasa dan Berita NO.1 di Malaysia
Warga Asing di Sabah Tidak Lama Lagi Bakal Jadi Majoriti & “Menjajah Negeri Sabah”?
Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk warga asing di Sabah bakal menjadi majoriti, kerana disediakan sekali dengan statistik yang jelas untuk anda perhatikan taburan warga asing di Sabah mengikut daerah.
Kalau disemak rekod melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sbah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah. Mungkin…tiada mustahil kalau ada banyak lagi “projek-projek yang diatur di Sabah.
Berdasarkan ranking jumlah warga asing di Sabah :
- Warga asing di Tawau : 171, 409
- Warga asing di Sandakan : 148,438
- Warga asing di Kinabatangan : 117,689
- Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
- Warga asing di Lahad Datu : 77,003
Kalau orang Kuala Lumpur contohnya, mengadu tidak senang dengan kehadiran & lambakan warga asing, agaknya apa pula perasaan orang Sabah melihatkan jumlah warga asing di negeri mereka ketika ini?
Gambaran warga asing di ibukota
Itu baru statistik warga di Sabah yang telah berjaya direkodkan, yang tidak sah?
Isu warga asing di Sabah bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya. Kami pasti isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah. Harap kerajaan persekutuan mengambil serius perkara ini. Itu harapan kami
Itu belum masuk lagi berita mengenai kedatangan pekerja asing sekitar 100,000 yang “dibawa khas” dari Nepal?
No comments:
Post a Comment